SEKAPUR SIRIH DARIPADA GURU BESAR EN HOR NEE KHONG
Salam Sejahtera.Terlebih
dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak pentadbiran serta barisan pendidik dan murid sekolah ini ingin mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari
laman web sekolah ini. Semoga
laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah
dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan
dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara
ini.
Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan
pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia
untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih
gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di
sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah
ini.
Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar
dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan
pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang
zaman.
Tidak dilupakan juga diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.
Akhir kata, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.
Terima Kasih. |
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat:
|